Isnin, 12 Mac 2018

Resepi Masak Lemak Cili Api Cendawan

Resepi Masak Lemak Cili Api Cendawan. Masak lemak memang sedap. Apa lagi kalau pedas. Memang mencurah peluh bila makan. Berbagai jenis masak lemak. Bezanya bahan yang digunakan. Ayam kem daging ke, ikan ke atau apa sahaja.


resepi masak lemak cili api cendawan


Tapi kalau diikutkan, kalau admin masak lemak Negeri Sembilan paling sedap. Kalau tidak percaya pergilah cuba. Yang original negori tau.

Admin hendak kongsikan satu lagi resepi masak lemak yang tidak kurang sedapnya. Kali ni kita guna cendawan. Resepi masak lemak cili api cendawan.

Bahan-Bahan 
400g cendawan tiram yang dipotong kecil
3 ulas bawang merah perlu dicincang
2 ulas bawang putih
1/2 sudu besar udang kering perlu direndam dan ditapis
1 cawan/170g air 200g santan
1/2 sudu kecil kunyit seinci batang serai seinci halia
10 biji cili padi 1 biji cili merah

Cara Memasak Masak Lemak Cili Api Cendawan

Letakkan sedikit minyak. Apabila minyak sudah panas, goreng ikan bilis, bawang besar, bawang putuh, cili padi, kunyit dan serai. Kemudian masukkan cendawan dan goreng kilas. Masukkan santan dan garam secukup rasa. Masak pada api perlahan dan kacau. Apabila mendidih, padamkan api dan hidang.

Mudah sahaja bukan resepi masak lemak cili api cendawan. Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan