Tetapi bagi yang tidak tahu memasak langsung, walaupun mudah dan senang buat nasi goreng kampung, sila mereput dekat warung.
Cara Buat Nasi Goreng Kampung Sedap
Jom skodeng cara membuat nasi goreng kampung. Biasanya mesti pedas. Kalau tidak tahan pedas tidak perlu letak lada macam ladang lada ada tanam dekat dapur.
Bahan-Bahan
1 cawan/170g ikan bilis
2 cawan/680g nasi sejuk
1 cawan/170g sayuran campur
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
10 biji cili padi
Garam secukup rasa
Caranya mudah sahaja. Langkah pertama sediakan bahan untuk menumis. Ambil lesung tumbuklah cili padi, bawang merah, bawang putih dan sedikit garam serta tambah sedikit ikan bilis.
Lepas siap menumbuk bahan, panaskan minyak dan mula menumis. Naik bau masukkan nasi. Jangan lambat sangat nanti hangus. Lepas tu godaklah sampai sebati.
Masukkan sayur kalau anda nak letak, Kalau tidak suka sayur tidak payah letak. Tapi elok makan sayur, banyak khasiat.
Siap dah nasi goreng kampung yang power orang bujang. Kalau rasa hendak hias, hiris je cili merah tabur atas nasi.
Nasi goreng kampung sedap dimakan ketika panas. Kena pula dengan teh o, bertambah-tambahlah makan.
Lepas layan nasi goreng boleh dah pekena pencuci mulut puding jagung kastard. Nak buat klik je pautan tu untuk resepi. Kalau tidak pandaim suruh awek korang buatkan, itu pun kalau dia pandai,,haha.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan