Selasa, 22 Mei 2018

Resepi Kuih Tepung Pelita

Pasti ramai yang suka akan kuih tepung pelita terutama pada bulan ramadhan. Disini saya kongsikan resepi kuih tepung pelita mana tahu ada yang teringin membuatnya sendiri dirumah.

resepi kuih tepung pelita
resepi kuih tepung pelita


Untuk membuat kuih tepung pelita, anda memerlukan dua bahan kerana kuih ini mempunyai dua lapisan berbeza iaitu lapisan putih pada bahagian atas dan hijau pada bahagian bawah.

Bahan-bahan untuk resepi kuih pelita adalah seperti dibawah.

Lapisan hijau bawah :
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan dikisar dengan sedikit air sedikit kapur. Jangan letak banyak nanti pahit

Lapisan putih atas :
4 sudu besar tepung beras
1 kotak santan sedikit garam

Cara Membuat Yang Mudah
1. Tepung beras, air, gula, air daun pandan dan air kapur hendaklah dibancuh hingga sebati
2. Masakkan tepung yang telah diadun dan kacau hingga masak dan berkilat ( hingga nampak adunan meletup buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya,)
3. Bila dah masak, masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pandan lagi sedap
4. 1 kotak santan dicampurkan dengan 4 sudu tepung beras dan garam Kacau sehingga sebati
5. Masak adunan dan kacau sehingga adunan pekat ( hingga nampak adunan meletup buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya )
6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi dan biarkan sejuk.

Nota Tambahan
Sedikit tip untuk membuat kuih ni basah seperti kuih dibeli hendaklah bancuhan tepung beras lapisan pandan tu, tambahkan 2 sudu besar tepung ubi dan semasa hendak meletakkan lapisan santan putih ke dalam bekas Sudukan 1/2 sudu kecil gula pasir ke atas lapisan hijau kemudian baru dilapiskan lapisan putih

Selamat mencuba resepi kuih tepung pelita.

sumber Page FB Aneka Resepi Kuih Muih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan