Rabu, 4 Oktober 2017

Resipi Kek Coklat Kukus Lembab Mudah Dan Sedap

Resipi Kek Coklat Kukus Lembab Mudah Dan Sedap. Peminat kek atau peminat coklat pasti suka akan kek ini. Tidak perlu bakar hanya kukus sahaja.

resepi kek coklat kukus


Seperti biasa anda perlu sediakan bahan-bahan dahulu. Kena sediakan bahan untuk kek coklat dan satu lagi untuk topping.

Bahagian untuk kek coklat kukus dibahagikan kepada dua.
Bahan satu·
1 cawan serbuk koko ( tak kisah jenama apa pun )
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat

Bahan dua
11/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur (suhu bilik)

Bahan untuk buat topping
Bahan:
300 gm coklat masakan ~ dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1/4 cawan air panas

Cara-cara membuat kek coklat kukus
1. Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati. Api kecil. Sejukkan.
2. Pukul telur sampai betul2 kembang ( lebih kurang 5 minit ) kemudian masukkan bahagian A.
3. Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati.
4. Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (seelok2nya tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). kacau sebati selama 5 minit
5. Masukkan adunan dalam loyang dan ikat dengan beg plastik. Boleh juga pakai kertas foil. Papepun pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.
6. kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana serta air kukusan telah mendidih. Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa.
7. cukup masa boleh angkat kemudian tunggu sejuk baru boleh potong.

Cara membuat topping coklat
Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler.
Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair.
Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair.
Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.
Biarkan lebih kurang 15 - 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek.
Panaskan kembali lebihan ganache td (kaedah double boiler) dan masukkan air panas.
Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi.
Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais.

Selamat mencuba resepi kek coklat kukus.

sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan