LightBlog

Selasa, 31 Oktober 2017

Resepi Lepat Nagasari Yang Sedap

Resepi Lepat Nagasari Yang Sedap. Memang sedap kan, mana ada makanan atau kuih yang tidak sedap. Kalau tidak sedap itu salah yang membuatnya atau resepi ajaran sesat.

resepi lepat pisang


Lepat ini ada bermacam jenis bergantung kepada bahan asas yang digunakan. Kalau guna pisang jadilah di lepat pisang. Begitu juga jika yang guna ubi. Namun ada juga yang memperbagaikan atau memodenkan lepat ini. Sama ada dari segi bahan dan nama pun nampak unik.

Kali ini Resepi 4 You ingin berkongsi resepi lepat pisang nagasari. Pernah dengar ke?

Bahan bahan lepat nagasari adalah seperti dibawah. Mudah dan tidak tinggi kosnya.
1 cawan tepung beras.
5 cawan santan.
3 sudu besar penuh tepung jagung.
4 sudu besar gula.
1/2 sudu teh garam.
Pisang satu sisir (secukupnya satu biji belah 4).
Daun pisang secukupnya.

Cara Membuat
1-Satukan tepung beras,santan,gula,garan dan tepung jagung,kacau rata dengan whisk hingga sebati. 

2-Kemudian tapis bancuhan tadi ke dalam periuk.

3-Kacau tanpa henti atas api sederha hingga pekat dan kental.

4-Kemudian matikan api.Biar sehingga sejuk suam atau sejuk.

5-Ambil daun pisang yang telah dilayur dan potong pada saiz sesuai. Letak 1 1/2 sudu besar adunan tepung,ratakan.

6-Letak tiga potong pisang raja yang dibelah 4 tu. Lepas itu letak 1/2 sudu besar lagi tepung diatas pisang dan kemaskan. Balut seperti membungkus lepat pisang. Buat sehingga habis kesemuanya. 

7-langkah terakhir adalah kukus atas air yang telah dimendidih.

Bagaimana? Mudah bukan untuk membuat lepat nagasari. Selamat mencuba resepi lepat pisang nagasari. sumber Resepi Memikat Suami

Tiada ulasan:

Catat Ulasan