LightBlog

Sabtu, 23 September 2017

Resepi Kek Keladi Mudah Sedap Menawan

Resepi Kek Keladi Mudah Sedap Menawan. Kalau sebut pasal kek, ada berbagai jenis kek. Ditambah dengan warna yang menarik sudah pasti akan membuka selera siapa yang memandang. Kek sesuai dibuat sebagai pencuci mulut selain boleh juga buat sendiri untuk sambutan hari jadi.

resepi kek keladi


Antara kek yang perlu ada cuba adalah kek keladi. Cara membuatnya yang mudah dan rasanya yang sedap. Bila sudah warna purple, pasti tak jemu memandang.

Bahan-bahan untuk kek keladi
250 gram vanilla sponge mix [tepung optima]
4 biji telur gred B
60 gram air
75 gram mentega yang telah dicairkan[panaskan sehingga cair dengan api perlahan]

Cara membuat kek keladi 
Campurkan telur, air dan vanilla sponge mix, pukul hingga gebu dan bertanduk. Kemudian masukkan mentega yang telah dicairkan dan kacau sedikit.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yang sama. Tuang 1 adunan ke dalam loyang 8" yang telah disapu dengan mentega dan dilapik dengan baking paper. Bakar dengan suhu 170 C selama 12 minit dengan api atas bawah ikut jenis jenama oven atau ketuhar masing anda sehingga masak. Ulangi untuk adunan 2 dan 3. Gunakan loyang yang sama saiz. Kek yang telah masak dibiarkan sejuk.

Buang permukaan atasnya supaya kek betul-betul melekat antara 1 lapis dengan lapis yang lain. Simpan kek di dalam peti sejuk selama beberapa jam.

Bahan dan cara membuat krim keladi
500 gram keladi
200 gram keledek ungu
100 gram gula biasa
50 gram santan serbuk
700 ml air bahagi 2-350ml untuk didihkan agar-agar dan 350ml lagi untuk kisar keladi, tepung
50 gram tepung gandum
25 gram tepung jagung
10 gram agar-agar tali
2 sudu teh garam untuk rebus keladi
Kelapa kering sebagai hiasan

Cara-cara Kupas keladi dan keledek ungu adalah dengan potong kecil-kecil. Masukkan garam dan air kemudian rebus hingga empuk.

Didihkan 350 ml air dan masakkan agar-agar sehingga hancur. Ketepikan. Kemudian bancuh gula, tepung gandum, tepung jagung, santan serbuk dengan 350ml air hingga sebati. Masukkan keladi, keledek dan agar-agar kemudian kisar sekali lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam periuk. Kacau hingga mendidih dan masak. Padamkan api. Biarkan sejuk sedikit.

Ambil satu lapis kek. Kemudian sapukan krim keladi ke atasnya. Letakkan satu lagi lapisan kek dan sapukan krim keladi ke atasnya.Ulang untuk lapisan yang ketiga.Ratakan semua bahagian kek dengan menggunakan scrapper. Setelah keseluruhan kek siap diratakan, taburkan kelapa kering ke seluruh bahagian kek. Masukkan ke dalam peti ais. Seelok-eloknya biarkan beberapa jam sebelum dipotong supaya kek kemas dan padat.

Selamat mencuba resepi kek keladi.

sumber FB Resepi Viral Terbaik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan