Resepi Kari Daging |
Seperti biasa sebelum memasak pastikan anda telah sediakan bahan-bahan yang secukupnya kemudian ikuti langkah cara memasak yang disediakan.
Bahan-bahan untuk kari daging
500 gram daging batang pinang
6 biji ubi kentang - potong 4
4 cawan santan pekat
1 peket rempah kari daging
1 sudu besar cili kisar
3 cm halia
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
1 biji bunga cengkih
3 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
Garam secukup rasa
[ TIPS ] Tak perlu guna cili kisar kalau tak mau kari pedas sikit dan berhati-hati guna rempah ratus macam kayu manis jangan terover nanti kuah kari jadi agak pahit.
Cara Memasak Kari Daging
Bersihkan daging dan potong kecil-kecil , kupas semua ubi kentang dan dipotong 4 . Kupas semua bawang , halia dan dimayang halus-halus.
Panaskan minyak dan tumis semua bawang , halia , kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan kacau sampai bawang layu .
Kemudian bancuh rempah kari dengan sedikit air dan masukkan ke dalam periuk . Masukkan juga cili giling dan kacau serta biar kan sampai rempah terbit minyak dan menjadi wangi .
Masukkan santan dan daging , biarkan kuah mendidih baru la dimasukkan ubi kentang dan garam . Kacau kuah dan bila daging serta ubi kentang telah empuk baru la di tutup api dapur.
Mudah sahaja untuk memasak kari daging yang sedap dan power. Selamat mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan