Resepi Coklat Truffle
Cara membuatnya yang sangat mudah dan tidak perlu pun menghidupkan dapur anda. Bahan-bahan pun senang sahaja. Jom kita mulakan pencuci mulut anda.Bahan-Bahan Untuk Coklat Truffle
125 gm krim putar
260 gm coklat masakan
1 sudu makan liquid glucose
1 sudu teh perisa oren
Serbuk koko untuk hiasan
Cara Membuat Coklat Truffle
Ikuti langkah mudah dibawah dan anda akan mendapat pencuci mulut yang sedap.
1. Panas dan didihkan krim putar.
2. Masukkan liquid glucose dan coklat masakan yang dipotong kecil. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan perisa oren dan biar sejuk sehingga pejal.
4. Masukkan dalam beg piping dan paipkan bulat seketul. Masukkan dalam peti sejuk seketika.
5. Setelah keras, guna tangan dan gentel dengan tapak tangan biar menjadi bulat. (Tangan jangan panas, rendam air sejuk dahulu supaya coklat digentel tidak cair.)
6. Golekkan dalam serbuk koko dan letak dalam mangkuk kertas. Sedia untuk dihidangkan.
Siap sudah coklat truffle sebagai salah satu hidangan pencuci mulut. Boleh cuba untuk majlis sambutan hari jadi anak anda atau untuk hidangan petang sekeluarga.
sumber rasa.my
terbaik resepi
BalasPadam