Selasa, 1 Ogos 2017

Resepi Ikan Siakap Goreng Pedas

Hendak masak apa hari ini? Tiada idea tapi jangan risau, apa kata anda cuba resepi ikan siakap goreng pedas ini. Bagi pengemar ikan sudah pasti meleleh air liur jika mendengarnya.

resepi ikan siakap goreng pedas


Perkara utama yang anda perlu adalah meyediakan bahan. Pastikan bahan-bahan dibawah cukup agar resepi siakap goreng pedas anda sempurna dan sedap.

Resepi Ikan Siakap Goreng Pedas

Bahan-bahan yang diperlukan.
1 ekor ikan siakap perlu lumur garam dan kunyit
1 biji bawang besar potong dadu
4 ulas bawang putih cincang
2 inci halia hiris halus
3 helai daun limau purut
3 batang serai hiris halus
2 sudu besar sos thai
1 sudu besar oyster sauce
1 sudu besar cili sos
1 sudu teh fish sauce
1 sudu besar kicap manis
4 ulas cili padi potong kecil
3 sudu besar cili kering kisar
1 sudu teh perasa maggi secukup rasa larutkan dalam 100ml air panas
1 sudu besar tepung jagung larutkan dalam 2 sudu besar air
Sedikit garam

Cara Memasak Ikan Siakap Goreng Pedas 
1. Goreng ikan siakap hingga garing pastikan jangan hangus pula.
2. Panaskan minyak masak secukupnya kemudian tumis bawang besar, bawang putih, serai dan halia. Tumis sampai wangi.
3. Kemudian masukkan daun limau purut dan cili padi. Tumis seketika dan masukkan cili kisar.
4. Bila cili dah cantik pecah minyak, masukkan sos thai, cili soso, oyster, fish sauce dan kicap manis yang telah disatukan.
5. Langkah seterusnya masukkan air stock ayam dan letak garam. Rasa sos dan sesuaikan ikut citarasa anda.
6. Untuk pekatkan kuah masukan air tepung jagung. Siap untuk dihidangkan.

Semoga ianya akan menjadi lauk terbaik anda untuk makan tengahari atau malam. Selamat mencuba resepi ikan siakap goreng pedas.

2 ulasan:

  1. Harrah's Casino Resort & Spa opens at Harrah's Resort in Maricopa
    Harrah's Resort Casino & Spa opened at 777 Harrah's Boulevard in 대전광역 출장샵 Maricopa, 제천 출장마사지 AZ. It's the latest 천안 출장샵 addition 동해 출장샵 to the iconic 강원도 출장샵 Harrah's Hotel and Casino

    BalasPadam