Ahad, 17 September 2017

Resepi Puding Jagung Kastard Sedap

Resepi Puding Jagung Kastard Sedap. Antara kuih yang sesuai dijadikan pencuci mulut adalah puding jagung. Dengan rasanya yang sedap dan warna kuning yang memikat pasti membuka selera. Cara membuat juga mudah.

resepi puding jagung
Puding jagung kastard

Perkara pertama yang perlu dibuat adalah sediakan bahan secukupnya. Jika tidak cukup bahan sudah pasti pudingnya tidak jadi.

Bahan-Bahan:
1 tin jagung manis
1 cawan tepung kastard
1 cawan santan
1 tin susu sejat 1/2 cawan gula
1 sudu kecil garam
1 tin air - guna tin susu sejat tadi
pewarna kuning

Cara Membuat Puding Jagung Kastard
Masukan gula dan tepung kastard di dalam kuali kemudian kacau rata. kemudian masukan susu sejat (susu cair) dan 1 tin jagung manis ke dalam campuran tadi. Bila sudah berlemak boleh masukan 1 cawan santan dan bila anda ingin jagung nampak halus boleh di blender terlebih dahulu.

Selepas itu masukan garam secukup rasa kemudian masukan air kedalam campuran tadi dan bila semua bahan nampak tak berketul boleh letakan di atas dapur.

Nyalakan api tapi ingat gunakan api yang sangat minimal dan kacau sebentar agar adunan tidak berketul-ketul.

Untuk mendapatkan warna yang lebih cantik boleh masukan sedikit pewarna kuning kalau tidak mahu pun tidak mengapa.

Kacau sampai nampak berkilat dan pekat kemudian angkat dan tuangkan dalam loyang. Biarkan seketika sampai sejuk di dalam loyang dan bila dah sejuk baru masukan dalam peti sejuk. Memang sedap dimakan sejuk.

Selamat mencuba resepi puding jagung kastard.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan